Nov 1, 2010

takuya ada satu kumpulan gitar rancak rok n rol.

nama kugiran rok n rol takuya ialah nice dream on ansaphone (ya macam lagu radiohead tu). nice dream on ansaphone selalu kelihatan berlatih di studio2 latihan muzik (kalau boleh takuya nak yang free) di sekitar tempat tinggal mereka. memetik kata takuya; kami bermain muzik bukan kerana ada impian glamor tapi kerana passion (atau dalam melayunya mengisi masa yang sangat2 lapang). mengikut sumber2 terdekat, nice dream on ansaphone juga bermuzik dengan sekelumit harapan untuk impress gadis2 semasa dengan kemahiran bermuzik mereka yang suam2 kuku (ya, sangat hopeless tapi apa boleh buat kerana takuya berpegang teguh kepada prinsip hati yang mekar adalah prolog kepada hasil seni surreal yang ineffable). senang cerita, untuk lebih handal bermuzik, bak kata john lennon; apa yang kau perlukan hanyalah cinta.

selain takuya (selaku vokal harmoni, driver, groupies, tukang bawak plaster untuk sapa2 yang melecet dan pemilik telecaster ala2 jonny greenwood yang selalu dipinjam oleh gitaris nice dream on ansaphone), nice dream on ansaphone ada tiga orang lagi :

chuck : pereka grafik cemerlang handal berfotografi yang juga kaki pancing; virtuoso seni dengan tahap kesabaran kemuncak. satu2nya anggota band yang pernah ada stalker

orwell : penganggur introvert pembaca buku (baca : tak ada kelebihan), baginya memancing boleh membunuh kreativiti

christiano r. sanusi : orang gila (secara literal, dan sangat ketara) dengan tahap muzikaliti tertinggi (dia tak termasuk dalam statistik kemahiran bermuzik suam2 kuku di atas), juga suka memancing

jadi pada pendapat takuya, tugas memancing perhatian gadis semasa (untuk mencapai misi yang bukanlah superficial seperti yang disangka) patut diserahkan kepada....


No comments: