Zul Baba, 28, seorang jurutera slesh model busana pengantin yang saban hari bergaya dengan Mazda RX8 hitam-brillien baru dimiliki, membeli sebuah mesin masa pakai buang (bayangkan yellow submarine The Beatles, tapi dengan warna indigo berbelang hijau daun pisang dan bertelinga beruang. Oh, juga sepertujuh dari saiz asal) di Metrojaya. Tawaran penghabisan, RM299.29 cuma.
Hari terakhir sebelum kerajaan mengharamkan aktiviti merentas masa. Kegiatan pada masa lapang yang menurut penganalisis ekonomi tidak sejajar dengan doktrin kerajaan dalam peliberalisasian ekonomi negara (apa saja maknanya tu). Jaminan wang dikembalikan dalam masa 24 jam jika tiada kepuasan di hati.

Zul Baba, 28, ikat mesin masa atas bumbung kereta kesayangan, bawa pulang ke apartmen mewah lereng bukit, dan kembali ke 10 tahun lepas. Pada tahun 2000, Zul Baba, 28, pengsankan dirinya, 18, sumbat ke dalam mesin masa, tetapkan pemasa balik ke 2010, tekan butang go dan berdoa mesin itu tak jahanam sebelum sampai destinasi.
Zul Baba, 28, bergembira di tahun 2000 menyamar(?) sebagai dirinya pada tahun itu dan sangat yakin Zul Baba, 18, pun akan bergembira juga di tahun 2010. Atau sudah mati kebulur. Atau masih terperangkap dalam vorteks masa. Tapi Zul Baba, 28, peduli apa.
No comments:
Post a Comment