Nov 14, 2010

orang yang bartholomew jumpa semasa naik bas

bartholomew, 24, bujang, slacker sepenuh masa yang kadang2 bertukar menjadi antropologis isytihar-sendiri, hidup tanpa cita-cita atau harapan. setiap pagi dia menaiki bas ke satu destinasi yang sama.

berbeza dengan bas lain yang sentiasa sarat, bas yang dinaikinya sentiasa hampir kosong. paling banyak pada satu2 masa pun 2 orang saja, termasuk dirinya.

isnin ada punk pencen.
selasa ada pak lebai.
rabu ada art-connoisseur.
khamis ada pria songkok tinggi.
jumaat ada budak sekolah berbeg besar.
sabtu ada indon bert-shirt loudness.
akhir sekali ahad berselang-seli sama ada pria songkok tinggi atau jejaka metroseksual.

sentiasa kronologi sebegitu, tak pernah berubah.


No comments: