Nov 18, 2010

mimpi (lagi)

menurut cerita orang, # sudah ada segala2nya. kerjayanya hanyalah satu pendakian rutin tangga2 medan kolar putih syarikat multi-nasional di tengah ibu kota; 2 kali lebih pantas dengan 2 kali kurang effort. isterinya pula adalah bekas model dan pernah menjadi vokalis sebuah band kraut-nasyid psychedelik (baca: sangat hot dan sangat cool) dengan lagu hits 'lebat dalam hati' yang dimuatkan dalam runut bunyi filem reboot anak mami yang lebih noir arahan pengarah versatil z lokman. anaknya tak usah cerita panjang, buat penat saja, pendek kata luaran dan dalaman memang sempurna. material duniawi pula semuanya seperti yang didamba sedari kecil; banglo pinggir bukit dan sepasang kereta mewah.

satu malam, # bermimpi. dalam mimpinya # sudah ada segala2nya. kerjayanya hanyalah satu pendakian rutin tangga2 medan kolar putih syarikat multi-nasional di tengah ibu kota; 2 kali lebih pantas dengan 2 kali kurang effort. isterinya pula adalah bekas model dan pernah menjadi vokalis sebuah band kraut-nasyid psychedelik (baca: sangat hot dan sangat cool) dengan lagu hits 'lebat dalam hati' yang dimuatkan dalam runut bunyi filem reboot anak mami yang lebih noir arahan pengarah versatil z lokman. anaknya tak usah cerita panjang, buat penat saja, pendek kata luaran dan dalaman memang sempurna. material duniawi pula semuanya seperti yang didamba sedari kecil; banglo pinggir bukit dan sepasang kereta mewah.

sebaik # tersedar keesokan paginya dia tersenyum. tawar atau manis, tiada siapa tahu kerana ceritanya tamat di situ.

No comments: