Nov 3, 2010

betapa hampirnya syed idham nak jatuh cinta pagi tu.

nora silverberg di sebelahnya dah rasa lain macam, risau pun ada takut lagilah ketara. syed idham dah bertukar versi lain (sejam tadi versi sweet, kelakar, caring, kumis tebal seksi). di tengah2 kegelapan hampir total, nora silverberg boleh nampak ada kehijauan di muka syed idham, ada kemerahan di matanya, ada kebiruan di telinganya. yang tak berubah hanyalah kumis seksi gila tebal hitam pekatnya (bagaimana nora silverberg masih boleh nampak kumis itu dengan jelas di tengah2 kegelapan hampir total masih menjadi misteri) yang mengikut perbualan mereka tadi perlu disyampu dan diperapi dari semasa ke semasa untuk dua sebab; menyekat populasi kutu dan menyucikan kekotoran yang menjajah semasa makan.

syed idham masih dalam versi lain. versi hijau, merah, biru dan kumis. pusing kiri tak kena, pusing kanan tak tepat, peluh menitik walhal aircond tahap beku, perut senak, hati berdebar, nafas tersekat2, dada turun naik layak gerakan tektonik bumi pada skala 7 richter, lemahnya lutut lain macam, bawah badan tune dah lari, perasaan jadi tak keruan. ada sesuatu yang perlu syed idham lepaskan.

ahh tak kiralah. apa nak jadi jadila. syed idham dah bertekad, dia kena teruskan juga niatnya. nora silverberg sedari tadi dah bersedia untuk membuka bunga silat harimau yang dia baru belajar minggu lepas. kursus yang dia terpaksa ambil sebab nak cukupkan jam kredit.

"pakcik, boleh tolong berenti kat mana2 tak, saya nak buang air"
"hah?"
"nak kencing la"
"la nak kencing pulak"
(dua orang gadis kat seat depan gelak, bikin panas je)

agaknya kalau naik bas 12 jam takde orang rasa nak kencing kot, fikir syed idham hatta mengosongkan tangkinya. proses yang diselangi lagu glory-glory manchester united yang dinyanyikan dalam hati, nak nyanyi kuat2 takut ada makhluk yang menyahut pukul 3 pagi tengah2 hutan ni. ada orang kata jatuh cinta ni macam terkencing dalam seluar, hanya kita yang dapat merasa kehangatannya. betapa hampirnya syed idham nak jatuh cinta pagi tu.

No comments: