Nov 21, 2010

kejadian kebakaran spontan di ttdi petang semalam

muka lazlo sudah merah padam menahan amarah. asap yang tidak putus2 keluar dari telinganya langsung bertukar menjadi api. api yang serta-merta menjilat kepala, malah terus marak dan membaham jasad lazlo hingga
jadi
abu,
semata
mata
abu

namun kesedaran lazlo masih jelas, malah tidak pernah sejelas ini. amarahnya juga masih tetap membara. lalu dengan tabahnya lazlo menunggu ketibaan orang itu, yang akhirnya muncul usai azan asar, yakni selepas 3 jam setengah lazlo menunggu.

sampai sudah masa untuk lazlo meluahkan yang terpendam.

tapi belum sempat dia nak buat apa2,
bayu petang dah meniup jasadnya pergi.

No comments: