Nov 16, 2010

bagaimana bartholomew menyelamatkan dunia daripada kegelapan

sang suria yang depres amat bencikan kerjanya yang monotonous dan tiada cabaran. tiada politik pejabat, perebutan kuasa mahupun skandal fornikasi sesama rakan sejawat.

dia mahu tubuhkan band noise-pop, dia mahu menulis kesinambungan karya transgressionalnya yang tertangguh, dia mahu no.5,1948 nya, dia mahu pergi backpacking, dia mahu bercinta, dia mahu makan beger keju dengan pikel yang banyak. dia mendambakan cabaran yang dapat dinikmatinya di siang hari, semasa ofis hournya.

dia tidak pernah teruja dengan waktu malam. waktu malam adalah period melankolik yang masih tersangat obskur baginya, lagipun dia takut hantu.

kesimpulannya dia mau resign. jadi dia meminta pendapat sahabat crying shouldernya, bartholomew.

kata bartholomew, "kau tak boleh berhenti. ni destini kau bro. malangnya dunia ini bukan wayang, tidak semua orang boleh memilih destini yang mereka mahukan"

esoknya, hari bekerja bermula seperti biasa. sekumpulan gagak, iaitu khalayak morning person yang berdisiplin sedang rancak bersembang dan tertawa riang sambil menikmati asap kretek, dengan diringi hon kereta penuh amarah mereka yang terlajak tidur pagi tadi.

No comments: