Nov 3, 2010

rahman jemai suka bagi telinga dia buat loan kepada mereka yang memerlukan.

rahman jemai sangat tertekan. setiap perjumpaan di kedai kopi bersama ahli kelab peminat alexa chung sebenarnya adalah sesi perbincangan sebelah pihak masalah si mahmud pilus yang sebenarnya bukan perbincangan pun, walaupun untuk sebelah pihak cuma kerana rahman jemai boleh jamin mahmud pilus sendiri tak faham sepatah haram pun masalah dia inikan pula orang lain yang konon2 buka telinga besar2 seraya mengangguk semata2 untuk menunjukkan keprihatinan kepada member yang sampai armagedon pun masalah dia takkan berkurang, masalah yang sampai ke sudah diulang kat kengkawan macamlah orang lain tidak punya masalah sendiri. rahman jemai sangat serabut dan rasa nak tunjal saja kepala si mahmud pilus, tapi dia kembali tenang selepas teringat kata2 pacaran cik chung iaitu encik turner; well over there there's friends of mine, what can i say i've known em for a long2 time, and they might overstep the line, but i just cannot get angry in the same way.

No comments: