Nov 2, 2010

daniel johns berangan nak jadi robin hood.

dan macam idolanya, daniel johns nak jadi vigilante pujaan para proletariat. daniel johns nak lanyak hegemoni penindas di 'nottinghamshire'nya cukup2 dengan 'merompak' dari sherif keparat dan kroninya; lanun2 penuh retorik yang tidak pernah cukup kaya dengan harta rakyat yang mereka samun saban hari. daniel johns bangga sekali dengan dirinya kerana seumur hidup dia tak pernah sebegini tekad untuk berbuat sesuatu. dengan hasil 'rompakan'nya daniel johns akan beli kasut baru, belanja ramona flowers makan malam di kedai ikan bakar dan buat tabungan untuk bayar muka volkswagen scirocco.

tapi daniel johns tidak tahu. dua bulan selepas itu orang kampung akan mula bengang dengannya kerana tidak tunaikan janji (walaupun dia tak pernah janji apa2, dia hanya cakap dia nak jadi robin hood) dengan membelanjakan harta orang kampung yang di'rompak' dari sherif untuk kepentingannya sendiri. lalu orang kampung pun lantik robin hood baru untuk rompak balik semua yang daniel johns 'rompak' dari hasil rompakan sherif yang merompak orang kampung.

dah jatuh papa daniel johns terpaksa membawa diri kembali ke hutan 'sherwood'nya. di situlah dia akan bertemu kembali dengan sherif yang juga sudah sepapa dirinya. setelah berdamai dan membuat keputusan untuk jadi bff, mereka bersama2 membuat perkara berfaedah contohnya macam halang pembakaran hutan yang boleh bawak jerebu ke negara jiran. selepas satu perbincangan hati ke hati dengan bffnya si sherif barulah daniel johns sedar bahawa impian dia sebenarnya nak jadi sherif bukan robin hood. tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur. pujaan hati daniel johns, ramona flowers pulak seminggu lepas tu akan kahwin dengan anak penghulu. meriah kendurinya, 7 hari 7 malam.

betapa malang nasib daniel johns tapi buat masa ini kita biar dulu daniel johns dengan angan2nya.


No comments: